Wednesday 7 December 2016

Bagaikan Puteri

Bagaikan Puteri

Karya Ramlee Awang Murshid.

"Apabila hujan turun, melimpah air dari perbukitan.
aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih,
seiring nyawa menghayut usia,
sejalan nafas melangkah ke hujung,"

HARYANI dan Laksamana Sunan… saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryanai terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

Bagaikan Puteri…
Penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik.

Hanya kerana cinta… manusia sanggup berperang!


*p/s Cerita ini hanya akan dipost dua minggu sekali sahaja.Jika anda ingin membaca dengan lebih cepat silalah beli novel ini di mana-mana kedai buku.Sokonglah hasil karya anak seni negara kita.~

Monday 28 December 2015

Bab 2-K.I.T.A(Kalau Itu kaTa cintA)

Bab 2
     Sesi persekolahan bermula seperti biasa dan seperti kebiasaanya pelajar tingkatan 1 akan melalui minggu orientasi.Semasa hari pertama minggu orientasi Iz sedikit kekok dengan suasana baru.Jadi dia hanya mendiamkan diri kerana tidak kenal sesiapa yang satu kelas dengannya. “Attizlia!” jerit Rifdha.Iz sedikit terkejut dengan jeritan Rifdha. “Weeeiiii..Kita satu kelas!!”Rifdha berasa angat excited apabila terlihat Iz berada di kelas yang sama dengannya.Kini Iz sedikit lega kerana sekurang-kurangnya dia ada seorang kawan daripada sekolah rendahnya.

          “Oo..Yeah!Kita satu kelas!”Iz seperti entah gembira entah tak.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berasa begitu. “Aahh..Aku lupa nak bagi tau kau.”Rifdha seakan baru teringat sesuatu. “Apa?”soal Iz seperti tidak sabar.

          “Adiz dengan Aman pun satu kelas dengan kita.”

          “Hhaaa..Diorang pun satu kelas dengan kita?”

          Rifdha mengangguk.

         “For real,meh?”

         “Yelah,kau nikan..”

          “Apa?”soal Iz tidak faham dengan perangai Rifdha yang tiba-tiba berubah. “Yelah..Bila aku cakap kita berdua satu kelas kau macam ‘Oo..Yeah!Kita satu kelas!!’”Rifdha mengajing perbuatan Iz sebentar tadi yang kelihatan seperti mayat hidup. “Tapi bila aku cakap Adiz dengan Aman pun satu kelas dengan kita kau terus je ‘Hhhaaaa...For real meh?Kau biar betul?’”Iz memandang tepat ke wajah Rifdha. “Ooooo...Kau jealous eh?” soal Iz sambil mengangkat sebelah keningnya dan mengoyang-goyangkan jari telunjuknya di hadapan Rifdha.

           “Hah?Jealous?For real?Aku nak jealous dengan orang macam kau?Memang taklah,”Iz memandang Rifdha atas bawah  “Ye ke?”. “Y-yye-yelah!” jawab Rifdha tanpa memandang muka Iz. “Kau jangan risaulah.Aku tak suka diorang pun.Baik Adiz baik Aman,sikit pun aku tak suka diorang.Biarpun sebesar kuman aku tak pernah suka diorang lebih daripada seorang kawan.Aku happy bila kau cakap diorang satu kelas dengan aku sebab kau kan perempuan so nanti mestilah kau ada geng lepas tu nanti mesti kalau masa cikgu tak ada kau duk bergosip ngan diorang.Then, nanti aku nanti duduk sorang tak ada kawan.Kalau diorang berdua ada at least ada orang aku nak belasah kalau bosan.Ada pahammm?”Iz sengaja menekankan perkataan faham itu..

          “Aku tak cakap apa-apa pun.Tapi kalau kau tak suka baguslah,”Rifdha tersenyum mendengar penjelasan Iz.Iz tahu Rifdha suka Adiz walaupun Rifdha tak pernah memberitahunya tapi dia tahu.Dulu Rifdha pernah memberinya layanan dingin kerana rapat dengan Adiz dan Daiz.Adiz dan Daiz ialah adik-beradik kembar dan kedua-duanya aktif dalam bidang sukan.Namun ramai pelajar perempuan lebih meminati Adiz berbanding Daiz kerana Daiz seorang yang serious dan pemarah manakala Adiz lebih kepada seorang yang peramah dan gila-gila.

-------------------------------------------------

          Semasa darjah 4 Iz menyertai sukan buat pertama kalinya iaitu, sukan bola tampar.Kebetulan Adiz dan Daiz juga pemain bola tampar sekolah.Walaupun mereka baru menyertai pasukan sekolah tahun ini,tetapi mereka sudah mula latihan dengan guru yang mengendalikan pasukan bola tampar sekolah sejak darjah 3.Jadi tidak hairanlah mereka dapat menjadi pemain utama pasukan bola tampar lelaki sekolah walaupun baru darjah 4 dan Iz pula hanya menjadi pemain simpanan pasukan bola tampar perempuan sekolah.

             Iz memang suka gula-gula lebih-lebih lagi lollipop kerana dia rasa gula-gula boleh menghilangkan tekanan.Suatu hari,Daiz dan Adiz ternampak Iz mengeluarkan gula-gula daripada begnya.Kebetulan,Daiz dan Adiz juga sukakan gula-gula.Jadi sejak hari itu mereka bertiga rapat dan setiap kali berjumpa dengan Iz,Adiz dan Daiz akan minta gula-gula dan seperti kebiasaannya Rifdha tidak puas hati dengan layanan Adiz dan Daiz terhadap Iz kerana dia tidak dapat layanan sedemikian daripada mereka berdua.Dan bermula saat itulah Iz mula mempunyai perasaan suka terhadap Adiz tetapi dipendamkan saja kerana semasa itu dia sedang couple dengan seorang budak lelaki yang digelar 'Secret Garden’ oleh Iz.

            ‘Secret Garden’ ialah cinta pertama Iz.Iz mula  mengenalinya semasa berumur 7 tahun dan sejak itulah Iz meminati ‘Secret Garden’.

-----------------------------------------------

            “Attizlia ada budak kelas aku panggil kau,”suara Hazlina mengejutkan Iz yang sedang duduk mengelamun di tepi tingkap bas. “Siapa?”soal Iz kerana setahunya dia tidak mengenali sesiapa yang satu kelas dengan Hazlina melainkan Hazlina seorang. “Adalah,dah cepat!Nanti kalau bas ni penuh susah nak naik,”Hazlina menarik tangan Iz turun bas.Iz yang tidak boleh membuat apa-apa hanya mengikut Hazlina.Lagi pun dia juga ingin tahu siapa yang mencarinya.

            “Hah..ni Attizlia,”Iz memandang ke hadapan. ‘Norman Aarief!’Iz terkejut melihat budak lelaki yang selama ini diminatinya berada di hadapannya kini.Bagaikan mimpi,itu yang Iz rasakan sekarang.Iz menarik tangan Hazlina supaya mereka membelakangkan Aarief. “Kau biar betul mamat ni yang nak jumpa aku?”soal Iz dengan nada berbisik. “Yelah!Dia sendiri cakap dengan aku.Dah cepatlah.Nanti kalau budak darjah 5 dengan 6 turun sesak bas tu,”Hazlina menolak Iz menghadap Aarief.

          “Eeemm..Kau nak jumpa aku ke?”tiba-tiba Iz terasa mukanya panas semacam.Aarief tersenyum melihat perubahan warna muka Iz daripada kuning langsat kepada merah. ‘Comel!’ kata Aarief didalam hati. “Haa..aku nak jumpa kau.Attizlia,kan?” Iz mengangguk mengiyakan pertanyaan Aarief. “Aku nak jumpa ni sebab nak tanya kau something,”Aarief memandang Hazlina yang setia berdiri di sebelah Iz.Iz turut memandang Hazlina kerana dia rasa pelik tiba-tiba Aarief memandang Hazlina. “Oh!Sorry,”Hazlina yang seakan faham akan pandangan itu mengundur beberapa langkah kebelakang.

          “Kau single?”Aarief menyambung kata-katanya.

          “Single,”jawab Iz.

          “Aku nak kita couple,”Aarief berkata dengan mukanya yang serious menampakkan lagi sisi dirinya yang cool.

         “Ok,tapi dengan satu syarat,”Iz cuba berlagak cool.

         “Apa?”soal Aarief ingin tahu.

          “Aku nak benda ni jadi secret,”Iz memandang tepat wajah Aarief yang tinggi sedikit daripadanya. “Secret?”Aarief menyoal. “Hmm..”Iz mengangguk. “Secret apa?Secret Garden?”Aarief cuba untuk berloyar buruk.Iz tersenyum mendengar kata-kata Aarief. “Yee..Awak tak payah risau.Saya janji kita berdua je yang tahu,”Aarief mengangkat jari kelingkingnya sebagai tanda janji.Sejak daripada hari itu mereka in relationship tanpa pengetahuan sesiapa dan tanpa berhubung.Iz datang daripada keluarga yang biasa-biasa saja dan tidak mempunyai telefon bimbit atau apa-apa akaun sosial manakala Aarief merupakan anak orang kaya.

        Menurut kawan-kawannya,Aarief berasal daripada keturunan Dato’ tetapi ibu dan ayahnya bercerai semasa dia kecil dan ibunya berkahwin dengan lelaki lain yang juga berpangkat Dato’.Sejak daripada ibunya berkahwin lain dia tidak pernah berjumpa dengan ayah kandungnya dan ayah kandungnya tidak pernah menjenguknya.Aarief kata ibunya memberitahu dia bahwa setelah dia dan ayahnya bercerai ayahnya berhijrah ke Kuala Lumpur.

---------------------------------------------------

        Kehidupan Iz di alam baru persekolahannya berjalan lancar dan dia berasa gembira walaupun dia hanya mempunyai tiga orang kawan didalam kelas iaitu Rifdha,Adiz dan Aman.Semasa pemilihan kelab,Aman,Adiz dan Rifdha memilih kelab olahraga memandangkan mereka pernah mewakili sekolah dalam acara lumba lari semasa sekolah rendah dulu.Manakala Iz pula memilih kelab catur kerana Iz bukanlah seorang yang pandai bersukan walaupun dia suka berlari tetapi tidaklah selaju atlet-atlet sekolah.

        Pada suatu hari kelas mereka dipanggil turun ke koperasi untuk mengambil baju sukan.Adiz,Aman dan Rifdha memperkenalkan Iz kepada seorang budak lelaki yang mereka kenali semasa latihan olahraga dan kebetulan satu kelas dengan mereka.Syahrey,itu nama budak lelaki itu.Iz agak kekok semasa berkenalan dengn budak lelaki itu.Dan seperti kebiasaanya sesiapa yang berjalan dihadapan Iz akan dipijak bahagian belakang kasutnya.Lebih-lebih lagi mereka yang dikenalinya.Iz sengaja berjalan lambat supaya dia dapat memijak bahagian belakang kasut Aman, Adiz dan Rifdha.

      “Ahhh...Attizlia!!”Rifdha geram dengan tindakan Iz yang memijak bahagian belakang kasutnya.Iz tersenyum.Sedang Aman dan Adiz seronok mengetawakan Rifdha Iz memijak bahagian belakang kasut mereka. “Wwooii!!”Aman sedikit terkejut dengan tindakan Iz yang tidak disangkanya. “Kau sini kau!!”jerit Adiz sambil terlompat-lompat membetulkan kasutnya.Iz segera berlari meninggalkan mereka bertiga.Sebaik saja selesai membetulkan kasutnya Adiz mengejar Iz.

     “Hei!Jangan berlari!”Adiz dimarahi oleh pengawas yang bertugas di hadapan koperasi sekolah.Iz puls terselamat kerana sebaik saja dia ternampak pengawas itu dia terus berpura-pura berjalan laju.Setelah mendapat baju sukan,Iz,Adiz,Aman,Rifdha dan Syahrey berjalan bersama menuju ke kelas mereka. “Amboi,sedap kau pijak kasut kitorang tadi,kan?”Adiz memandang Iz.Iz hanya tersenyum menunjukkan barisan giginya yang putih itu.

          “Tadi sedap kau buat kitorang,sekarang kitorang punya turn pulak!”Adiz memukul Iz dengan baju sukan yang baru didapatinya. “Weeii!!Aku nak join gak!”Rifdha yang geram dengan tindakan Iz memijak belakang kasutnya join Adiz memukul Iz dengan baju sukan.Tiba-tiba tanpa diundang Syahrey yang masih belum rapat dengan Iz turut memukul Iz dengan baju sukan tetapi pukulan Syahrey lebih kuat berbanding pukulan Adiz dan Rifdha.

        Iz yang geram dengan tindakan Syahrey yang memukulnya tanpa meminta izin segera menepis pukulan mereka dan mengejar mereka bertiga.Aman yang sudah menyangka perkara sebegini akan jadi hanya berdiam saja.Rifdha berjaya meloloskan diri.Lagi pun jika Iz berjaya menangkap Rifdha dia tidak akan memukul Rifdha kerana Iz  bukanlah seorang yang suka memukul perempuan.Iz mengenjar Adiz dan Syahrey yang berlari di hadapannya.Kebetulan tangga sedang sesak kerana murid-murid sedang turun dan naik untuk mengambil baju sukan.Adiz tidak boleh berlari lagi,dia terperangkap.Iz yang melihat keadaan ini sebagai peluang menumbuk lengan Adiz sebanyak 3 kali. “Mak aii!Sakit wwuu!Kau ni perempuan ke lelaki?”Adiz mengosok-gosok lengannya yang ditumbuk oleh Iz sebentar tadi.

           Iz ternampak Syahrey yang sedang berhimpit-himpit untuk cuba menaiki tangga tetapi tidak berjaya.Iz mendekati Syahrey dan menolak Syahrey menggunakan lengannya ke dinding. “Bbbaaammm!!”bunyi kuat hentakan badan Syahrey mengejutkan Iz. ‘Mak..kuat sangat ke aku tolak dia?Aku rasa biasa je,’ Iz berkata dalam hati.

          “Kkrkrkrkkrkrkrkriiiinggg!!”loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat.Kini hanya tinggal Iz,Aman,Adiz,Rifdha dan Syahrey di dalam kelas.Semasa sedang menolak kerusi tiba-tiba Iz terdengar orang menangis.Iz memandang ke arah pemilik suara itu.  “Kau tunggu kau!Kau tunggu dekat depan pagar sekolah balik nanti,aku bagi tau abang aku!”Syahrey menangis sambil menunding jari ke arah Iz.Iz memandang Syahrey dengan muka blurnya.Dia tidak sangka lelaki seperti Syahrey yang kelihatan kuat dan ganas kini menangis dihadapannya.

         “Habislah kau Iz.Abang dia budak form 3 tau,”Adiz cuba menakut-nakutkan Iz. “Ha’ah.Dia kaki pukul tau,” Rifdha menyokong Adiz. “Habislah kau Iz,”Aman mengoyangkan jarinya seperti menunjukkan Iz sedang berhadapan dengan masalah besar. “Ahh..Ok,”Iz berlalu pergi meninggalkan mereka di dalam kelas.Rifdha memandang Adiz, “Dia tak takut ke?”. “Entah,”Adiz memandang Aman seolah meminta penjelasan. “Dia memang macam tu.Nama nak takut tu susah gila.Aku pun tak tahu kenapa,”Aman menerangkan kepada mereka berdua.


           Semasa waktu balik,seperti yang diminta Iz menunggu dihadapan pintu pagar sekolah.Aman,Daiz dan Rifdha sudah pergi meniggalkannya kerana tidak mahu mencari masalah.Iz menunggu daripada pukul 6.45 sehingga pukul 7.15 tetapi dia tidak lihat lansung kelibat Syahrey dan abangnya.Akhirnya Iz pulang menaiki bas awam.

*Nak tau sambungan?..nanti saya tulis lagi ya..nantikan sambungan saya yang seterusnya..

P/S;sesiapa yang sudah baca sila tinggalkan komen,idea @ pendapat anda tentang karya pertama saya ini.

Bab 1-K.I.T.A(Kalau Itu kaTa cintA)

Bab 1
    “Buzz!Buzz!Buzz!”telefon iz berbunyi menandakan mesej masuk.Iz yang sedang baring di atas katilnya sedikit terkejut. “Siapa pula yang mesej aku ni?”.
KAmanK(my bff)
Wei,ko tngah wat pe?
                                                                                                                   X wat pape..baring je   
Ko dpt msuk skolh dato’ x?
X tau..Aq x dpt surat pon
                                                                                                             ..ko dpt ke?
Dpt..ko kne gi skolh amik lh..
sume yg dpt straight A dpt
msok skolah dato’
                                                        Oo..nntlh aq gi amik..Ko ngah  wat pe?
Aq kat umah syahir..lepak ngan
Amir sume
Tungah dpt kuar umah.. L


          Tiba-tiba telefon Iz berdering menandakan panggilan masuk. ‘KAmanK’ nama yang tertera di skrin telefonnya. “Asal mamat ni call plak?Tetibe je.”
“Hello,”Iz menjawab panggilan itu sambil baring.
“Attizlia ade?”soal si pemanggil.
         Iz segera terduduk apabila mendengar pertanyaan yang sangat tidak logik baginya.Iz melihat kembali skrin telefon itu untuk memastikan nama si pemanggil,‘KAmanK’. “Aaihh..mamat ni tak betul ke apa?Dah dia call aku mestilah aku yang jawab,”Iz letakkan semula telefonnya ke telinga.
“Ni aku lah ni”
“Ahhh..kau dekat mana?”
“Dekat rumahlah ni aku kat dalam bilik ni.Nape?”
“Lelaki mana jawab telefon kau tadi?”
“Lelaki mana pula ni?Akulah yang jawab tadi.”
“Mak ai..Suara macam lelaki.”
           Iz jarakkan sedikit telefon dari telinganya.”Dia cakap suara aku macam lelaki?!”Iz cuba mengawal nada suaranya supaya tidak dapat didengari oleh Aman.Iz letakkan semula telefon di telinganya. “Tadi aku tengah baringlah,”jawabnya selamba. “Benda yang bising-bising tu?”soal Iz yang agak terganggu dengan bunyi bising di tempat Aman. “Tak ada apa-apa..Diorang ni sibuk kacau aku..suruh cakap nilah tulah dengan kau..Nah!”Aman menyerahkan telefonnya kepada Syahir. “Asal aku pula?Kaulah..Aku taknak..Tadi kau nak,”bunyi bising seperti orang berebut telefon kedengaran.Last-last talian terputus sendiri. “Hmmm..bazir kredit je keje,”bebel Iz sendirian.
          Tidak lama kemudian telefon Iz berdering semula. “Haaih..apa lagi mamat ni nak?”rungut Iz apabila nama Aman terrpapar di skrin telefonnya. “Hmmm..Hello!”Iz menjawab telefon. “Amboi..garangnya!”Aman cuba bergurau. “Dah aahh..kau nak apa?!Bazir topup je keje,”geram Iz.Orang tengah serious dia boleh main-main pula. “Aik?Aku yang call kau,kan?Asal topup kau pula yang habis?”Aman masih cuba bergurau. ‘Alamak..bendalah kau ni Iz..Dah dia yang call kau confirm-confirmlah topup dia yang kering!’Iz memarahi dirinya sendiri.
         “M-mak..maksud aku topup kaulah..membazir topup kau je nak call aku 2 3 kali..haa,”Iz cuba cover line.
        “Ahh..pasal tu kau tak payah risau sebab aku guna bill tak guna topup.”
        “Dah tu kau nak bazir duit mak bapak kau call aku?”
        “Eeee..perasannya,fikir kau hot sangat ke sampai aku nak bazir duit mak bapak aku call kau je?”
       ‘Kurang asam punya kawan!Yang kau cakap perasan hot ni jugalah yang jadi girlfriend kau setahun tau tak?’Iz hanya mampu berkata dalam hati. “Dah tu?!”balasnya geram. “Aku call balik ni sebab aku nak ajak kau main baling selipar dekat taman petang ni boleh?”Iz terdiam.Otaknya yang ligat tiba-tiba blank. “Ooii..boleh tak?”suara Aman mengejutkan Iz. “Haa?”Iz seperti kebingungan sebentar. “Oo..petang ni..ahh..boleh boleh..lagi pun mummy aku tak ada dekat rumah hari ni dia pergi KL.”balas Iz setelah otaknya dapat berfungsi semula.
----------------------------------------------------

31 DISEMBER 2013
       Iz membelek dirinya di hadapan cermin di biliknya,‘Huu..tak sangka aku pakai baju sekolah menengah.Kejap je masa berlalu.’Tiba-tiba Iz teringat hari terakhir persekolahannya semasa darjah 6.
      “Puteri Attizlia Binti Ismail,dari kelas 6A1 sila naik ke pentas,”saat itu Iz melangkah dengan perasaan yang sukar ditafsirkan dia seperti tidak percaya yang dia mendapat 5A dalam UPSR tetapi pada masa yang sama dia berasa sangat gembira.Selepas saja namanya,nama Aman pula dipanggil.Sebaik saja selesai penyampaian slip peperiksaan UPSR semua pelajar berkumpul untuk majlis perpisahan.Semasa majlis itu berlansung hampir semua pelajar darjah 6 menangis kerana tidak mahu meninggalkan sekolah yang penuh kenangan.Iz cuba untuk merasai perasaan sedih tetapi dia gagal.Apa yang sedang dirasai sekarang ialah perasaan takut.Dia takut untuk meninggalkan kawan-kawannya,dia takut untuk meninggalkan guru yang banyak berbakti dengannya dan yang paling ditakutinya ialah,dia takut untuk kehilangan Aman.Rakan baik yang sudah 6 tahun dikenalinya.
         “Next!”Iz pergi ke kaunter guru yang bertugas untuk mendaftar apabila nombor gilirannya tiba. “Seorang saja?”soal guru tersebut bertanya.Iz hanya tersenyum sambil mengangguk. “Parents mana?”soal guru itu lagi. “Ayah saya kena hantar kakak saya pergi kerja lepas tu pergi hospital.Mak saya pula dekat hospital jaga adik saya suspek demam denggi,”terang Iz. “Oh..berani awak daftar seorang diri,kan?Kalau sayalah,saya tak berani,”guru yang bertugas itu sedikit kagum dengan keberanian Iz kerana selama dia bertugas rasanya Iz adalah pelajar pertama yang mendaftar tanpa ibu bapa disisi.
        “Ni yuran sekolah ,PIBG,beli buku semua macam mana?”soal guru itu. “Hmm..kalau tunggu naik sekolah nanti baru bayar boleh,cikgu?”soalan guru itu dibalas soalan daripada Iz. “Emm..boleh,”jawab guru itu.Kemudia dia menerangkan sedikit sebanyak tentang apa yang perlu dibayar dan peraturan sekolah sebelum memberikan kupon buku teks untuk Iz mengambil buku teks dibilik SPBT.
         Semasa perjalanan ke bilik SPBT,Iz melihat sekelilingnya. ‘Semua orang datang dengan parents diorang.Aku seorang je yang datang sendiri.Selama ni,kalau ada apa-apa pasal sekolah yang melibatkan parents dekat sekolah adik-beradik aku yang lain mummy pergi.Tak kisah apa jadi mummy mesti pergi.Tapi bila time aku kenapa macam ni?Tak boleh ke mummy tinggalkan adik dengan daddy kejap.Lepas tu dia daftar aku.Tak sampai 2 jam pun,5 minit je’Iz agak kecewa dengan layanan parentsnya terhadap dirinya.
        Setelah mengambil buku teks,Iz terpaksa berjalan ke pintu pagar sekolah yang terletak jauh daripada bilik SPBT sambil mengangkat buku-buku teks yang berat itu.Setibanya di pintu pagar sekolah Iz terpaksa berdiri dengan buku-buku itu kerana daddynya masih belum sampai.jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.Hampir setengah jam Iz berdiri baru daddynya sampai.


*Nak tau sambungan?..nanti saya tulis lagi ya..nantikan sambungan saya yang seterusnya..

P/S;sesiapa yang sudah baca sila tinggalkan komen,idea @ pendapat anda tentang karya pertama saya ini.